BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)
DI SINI
Mengambil kursus BBN3402 Penterjemahan
Berbantukan Komputer mengajar saya untuk sentiasa menepati masa. Kursus ini
juga mengajar cara-cara menterjemah dengan betul. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui beberapa mesin pertejemahan yang boleh digunakan. Nilai kerjasama
juga dapat dipupuk daripada kerja berkumpulan yang diberikan kerana kerja
berkumpulan yang diberikan memerlukan komitman semua ahli di dalam kumpulan
tersebut.
Pada mulanya memang berat
untuk menterjemah dalam masa yang singkat tetapi lama kelamaan sudah menjadi
kebiasaan dan kerja menterjemah juga semakin mudah. Kursus ini meberikan
gambaran mengenai kerja yang akan dilakukan di masa akan datang. Malah, kursus
ini juga memberi gambaran tentang perangai-perangai pelanggan yang akan
dihadapi di alam perkejaan nanti.
Akhir kata kursus ini sangat
bagus untuk mendidik seseorang supaya lebih cekap dan pantas dalam melakukan
kerja. Bermula di sini lah banyak pengetahuan tentang dunia penterjemahan dapat
dipelajari.
Comments
Post a Comment